Clip Art Image

Jumaat, 11 April 2014

Kelebihan Habbatu Sauda



Habbatus Sauda atau nama lainnya “Habbatus Sauda sativa”  lebih tepat dikenali sebagai “Blessed Seed” (biji yang diberkati) kerana dianggap sebagai salah satu jenis tumbuh-tumbuhan ubat yang terbaik di semua zaman. Ini adalah suatu ubat diciptakan Allah dan  dipergunakan di seluruh zaman kerana boleh mengatasi berbagai masalah yang berhubungan-kait dengan kesihatan. Antara kebaikannya ialah mengatasi masalah  pernafasan, kulit, perut dan masalah usus, ginjal & fungsi hati, peredaran darah dan ketahanann terhadap kekebalan tubuh, serta untuk memelihara dan meningkatkan keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Ahli Perubatan Yunani Kuno,bernama Discoredes, pada abad yang pertama telah mencatatkan bahawa Habbatus Sauda Sativa telah di gunakan untuk mengubati sakit kepala, saluran pernafasan, sakit gigi dan cacing di dalam usus.
Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
 
·         Kelebihan Habbatus Sauda.

Al Bukhary meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahwa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya di dalam Habbatus sauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as sam. Aku bertanya, “Apakah as sam itu?” Beliau menjawab, “Maut”
Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
Habbatus Sauda membantu memperkuat metabolisma, pencernaan dan menurunkan tingkat kadar gula dalam darah. Tumbuh-tumbuhan ini juga berguna untuk mengubati diabetes militus. Untuk mengatasi masalah pencernaan pula, Habbatus Sauda membantu merangsang cairan hempedu dan mendorong sirkulasi (darah), memperbaiki pencernaan dan digunakan untuk melawan cacing dan parasit pada saluran usus.
Habbatus Sauda merupakan jamu yang unggul yang memiliki banyak manfaat terutama untuk pemeliharaan sistem kekebalan yang kuat dan sihat. Habbatus Sauda ini pun mampu membantu mereka yang menderita asma dan gangguan saluran pernapasan, sistem kekebalan yang lemah dan yang terlalu dirangsang, gangguan ginjal atau liver, gangguan pencernaan dan perut, keluhan encok dan peredaran darah, alergi, demam dan jerawat.


MANFAAT HABBATUS SAUDA

1. Menguatkan sistem kekebalan

Jintan hitam yang terdapat dalam habbatus sauda dapat  meningkatkan jumlah cells T, ia juga baik untuk  meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Habbatus Sauda dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.

2. Meningkatkan daya ingat, dan kosentrasi

Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Habbatus Sauda merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Habbatus Sauda juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke otak dan sangat sesuai diberikan kepada anak yang sedang membesar.

3. Meningkatkan daya ketahanan hormon

Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Habbatus Sauda adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.

4. Meneutralkan racun dalam tubuh

Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa diare, muntah, pusing, gangguan pernafasan dan menurunkan daya konsentrasi. Habbatus Sauda mengandungi saponin yang dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.

5. Mengatasi gangguan tidur dan stress

Sapion terdapat pada Habbatus Sauda mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.

6. Anti histamin

Histamin adalah sebuah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti pada asma bronchial. Minyak yang dibuat dari Habbatus Sauda dapat mengisolasi dithymoquinone, minyak ini sering disebut nigellone yang berasal dari Volatile Habbatus Sauda. Pemberian minyak ini kesannya positif terhadap penderita asma bronchial. Penelitian yang dilakukan oleh Nirmal Chakravaty MD pada tahun 1993, membuktikan kristal dari negellone memberi kesan yang suppressive. Kristal-kristal ini dapat menghambat protemkinase C, sebuah zat yang memicu pelepasan histamin.

 7. Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteria
Habbatus Sauda mengandungi minyak atsii dan minyak volatil yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk ubat diare. Pada tahun 1992, Jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil penelitian yang membuktikan volatile lebih kuat untuk membunuh strain bakteri V Cholera dan E Coli dibandingkan dengan anti biotik seperti ampicillin dan tetrasiklin.

8. Melancarkan air susu ibu

Koordinasi bahagian lemak dan struktur hormon yang terdapat pada Habbatus Sauda dapat melancarkan air susu ibu. 

9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil

Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara keseluruhan, terutama pada musim hujan, anak-anak akan mudah terkena demam dan selsema. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terdapat pada Habbatus Sauda merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak  dan janin.

10. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan

Kulit merupakan salah satu organ tubuh yang penting. Fungsinya melindungi tubuh dari kuman dan sebagainya. Habbatus Sauda sangat baik untuk menjaga kelembaban, kehalusan, dan keremajaan kulit.

11. Nutrisi sebaga
i makanan tambahan

Kaya dengan kandungan nutrisi sebagai tambahan tenaga, sangat sesuai untuk orang yang berusia lanjut, terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan perkembangan sel otak agar tidak cepat nyanyuk. Habbatus Sauda juga mengandungi 15 jenis asam amino penyusun isi protein termasuk didalamnya 9 asam amino esensial.

1001 Khasiat Madu....

Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia.
Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu?

Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Melegakan sakit tekak dan batuk

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.


Merawat luka dan cedera ringan

Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Baik untuk sistem pencernaan badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.


Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.


Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.


Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.

Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.

Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.

Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

Perkongsian dari Harian Metro : Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11
Qaseh Gold makanan yang berasaskan madu yang tinggi...jadikan ia sebagai makanan seharian anda...



Khamis, 10 April 2014

iklan junior sat...

biar gambar menceritakan apa yang hendak dikongsikan bersama...


Renungan Seketika


Cara Penyimpanan Madu

 Bagaimana cara penyimpanan madu yang betul...

Untuk menjaga kualitas madu yang anda beli, anda sebaiknya menyimpannya di tempat yang benar. Karena sebaik apa pun madu anda jika disimpan di tempat yang salah maka akan menurunkan kualitas madunya. Berikut ini kami akan berbagi tips mengenai cara menyimpan madu yang benar untuk menjaga kualitasnya :

1. Jangan terkena sinar matahari Sinar matahari dapat menurunkan kualitas madu karena jika madu terpapar oleh sinar matahari madu akan berubah warna menjadi hitam. Hal itu disebabkan oleh oksidasi karena paparan sinar matahari. Untuk menjaga kualitas dan warna madu, sebaiknya anda menyimpannya di dalam wadah yang tertutup rapt dan terhindar dari sinar matahari.

2. Menyimpan madu di kulkas Menyimpan madu di dalam kulkas/refrigerator adalah salah satu cara yang direkomendasikan. Karena jika madu disimpan di dalam kulkas maka dapat mencegah munculnya organisme yang dapat mengurangi kualitas madu. Menyimpan madu di dalam kulkas juga membuat madu bisa bertahan lebih lama, termasuk madu yang sudah digunakan/dibuka.

Penyimpanan madu di tempat yang benar akan membuat madu lebih awet tanpa mengurangi manfaat dan kandungannya. Untuk itu jika anda punya madu maka simpanlah di tempat yang tersebut di atas. Selain temat penyimpanan, anda juga harus waspada dalam menggunakan sendok/alat yang dituangi madu. Demi kesehatan anda, gunakan sendok berbahan plastik saat anda meminum madu. Hindarilah penggunaan sendok berbahan logam karena dapat menyebabkan reaksi mineral dalam madu dengan mineral dari sendok logam tersebut. Untuk pembuktiannya, anda bisa mencoba merendam sendok logam di dalam madu selama satu malam saja. Pada pagi harinya madu akan berubah warna menjadi kehitaman sebagai akibat dari reaksi mineral dalam amdu dengan mineral dari sendok logam tersebut.

Madu memang berkhasiat untuk kesehatan tubuh anda, tetapi anda juga harus menyimpanya di tempat yang aman. Penggunaan sendok lebih baik yang berbahan plastik daripada sendok dari logam. Jaga kesehatan anda sekeluarga dengan meminum madu setiap hari.


sharing dr siti khadijah fb NQN network

MARI AMALKAN QASEH ADINDA, KEKANDA  DAN JUNIOR...

Qaseh Adinda...

Salam pembaca semua...

Qaseh Adinda banyak sekali khasiat selain mampu memberikan tenaga kepada kita.. boleh juga bertindak memberikan kualiti dan kuantiti susu yang baik untuk tumbesaran bayi ...dan istimewanya Adinda boleh juga digunakan sebagai selusuh bagi ibu-ibu yang akan melahirkan bayi...
jom...kita baca testimoni nie...



perkongsian testimoni

salam ...hari ni saya nk share satu testimoni pengguna qaseh adinda yang telah berjaya hamil selepas mengambil 2 botol qaseh...aminn alhamdullillah...

kita merancang tuhan yang menentukan...

ni satu lagi testimoni...

Ahad, 30 Mac 2014

Susu ibu baik untuk perkembangan bayi

Susu ibu

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.
Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahiranya.

 Qaseh Adinda mampu memberikan nutrisi yang cukup bagi bayi yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Pengambilan adinda boleh memberikan keperluan yang cukup serta mampu menghasilkan susu yang berkualiti dan meningkatkan imunisasi anak anda.

Anak sihat ibu bahagia qaseh adinda penawar jasmani penyeri rohani

sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Susu_ibu